Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Saturday, 8 March 2014
Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Read more at:astroawani
Thursday, 6 March 2014
Pil dari Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’
Betong: “Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual,” kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.
Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat.
Pemilik kedai ubat dikenali sebagai ‘Bhicai’ yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji.
“Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.
“Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati ‘lama’. Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia. Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur,” katanya.
-mymetro
By: MyFM
On 18:39
Wednesday, 5 March 2014
Nasihat: Jangan berhenti atas jambatan rakam gambar
Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan berkata sejak dibuka Ahad lepas pihaknya mendapati ramai yang berhenti untuk merakam gambar.
"Keadaan ini bahaya kerana mereka akan berada di lorong motosikal yang menghalang penunggang motosikal," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Jambatan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac lepas mencatat rekod sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu 24 kilometer yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.
Sementara itu Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Pulau Pinang Supt Wan Aziz Wan Husin ketika dihubungi, berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk memantau keadaan lalu lintas di jambatan berkenaan.
"Pasukan khas itu akan membuat rondaan secara berkala dan akan mengeluarkan notis saman kepada mereka yang membuat kesalahan trafik termasuk berhenti di atas jambatan itu," katanya.
-sinarharian
By: MyFM
On 10:40
Isu BR1M: Khairy jawab kenyataan Dr M
“BR1M diperkenalkan untuk membantu rakyat yang layak menerimanya di samping sistem subsidi pukal dikurangkan. Beban kewangan negara tidak meningkat kerana BR1M sebab ada penjimatan pengurangan polisi subsidi pukal.
“Sistem subsidi pukal di mana semua (tak kira pendapatan) menikmati petrol yang disubsidi perlu perbelanjaan kerajaan yang lebih banding BR1M,” katanya dalam entri di laman Twitter, semalam.
Menurutnya lagi, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk membantu rakyat.
“BR1M adalah polisi targeted assistance (bantuan yang disasarkan) yang akan ganti blanket subsidies (subsidi menyeluruh).
"Kerajaan juga sedang kaji kaedah lain seperti fuel card (kad minyak) dan lain-lain,” katanya.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya menyatakan, pemberian BR1M hanya membebankan kerajaan.
Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya BR1M diteruskan.
“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 kos akan menjadi RM8.4 bilion.
“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat?” katanya.
-sinarharian
By: MyFM
On 10:33
Rusia, Ukraine isytihar perang
Campur tangan Rusia di Ukraine ketika negara itu terhimpit dalam krisis politik memburukkan lagi keadaan hingga negara jajahan Soviet itu terjerumus ke ambang perang.
Perdana Menteri sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk menuduh Rusia mengisytiharkan perang ke atas negaranya selepas tentera Rusia ‘menakluki’ wilayah autonomi Crimea, sejak empat hari lalu.
Pada kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjata pro-Rusia lengkap berpakaian perang dilapor menawan Parlimen dengan menembak pintu kaca dan mengarahkan pengawal keselamatan meninggalkan premis itu sebelum mengibarkan bendera Rusia.
“Ini bukan satu ancaman, ini deklarasi perang. Kami menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin menarik balik tentera mereka di sana. Kami memberi amaran, Ukraine kini di ambang kejatuhan jika Moscow tidak menarik tenteranya keluar,” kata Yatsenyuk.
Menteri Pertahanan sementara Ukraine, Igor Tenyukh memberitahu, Rusia menghantar 30 kenderaan perisai serta 6,000 tentera memasuki wilayah itu untuk membantu militan yang memihak kepada Rusia bagi mendapatkan kebebasan daripada pemimpin negara ini.
“Lebih 12 trak tentera membawa tentera, dua ambulans dan kenderaan bersenjatakan mesingan meluncur di jalan raya Sevastopol, pusat pentadbiran Crimea,” katanya.
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pula menggesa Rusia menghentikan aktiviti ketenteraan ke atas Ukraine selepas Putin mendapat kelulusan Parlimennya.
Putin membentangkan usul supaya Parlimen meluluskan penggunaan tentera di Ukraine susulan situasi luar biasa di negara itu yang mendatangkan ancaman kepada 46 juta rakyat senegaranya di wilayah Ukraine termasuk alasan untuk melindungi Armada Laut Hitam di Crimea.
Situasi itu menyebabkan Ukraine terpaksa memberi amaran kepada rakyatnya supaya bersiap sedia untuk berperang.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga menggesa Rusia menarik balik pasukan pertahanan mereka atau menghadapi pengasingan politik dan ekonomi termasuk digugurkan dalam keanggotaan Kumpulan Lapan (G8).
Putin, bagaimanapun menegaskan, negaranya akan melakukan apa saja untuk melindungi kepentingan mereka di Ukraine.
“Kami menolak gesaan Barat untuk menarik balik rancangan penghantaran tentera. Siapa dia (Obama) untuk mencampuri urusan negara ini” katanya.
Semalam, ratusan tentera bersenjata tidak dikenali mengepung pangkalan tentera Ukraine di Perevalne, Crimea dengan membawa 13 trak dan empat kenderaan berperisai.
Setiap trak dengan nombor pendaftaran Rusia membawa 30 anggota tentera. Berikutan itu, tentera Ukraine bertindak menempatkan kereta kebal di pintu pangkalan sebagai persediaan jika berlaku pertempuran.
Dalam perkembangan sama, Panglima Angkatan Tentera Laut Ukraine yang baharu dilantik, dituduh pembelot kerana mengumumkan kesetiaan kepada kerajaan wilayah Crimea yang pro-Rusia.
Laksamana Denis Berezovsky turut berikrar akan mempertahankan hidup dan kebebasan rakyat Republik Crimea serta bandar Sevastopol.
Sejurus kenyataan itu, kerajaan sementara Kiev, mengumumkan pemecatannya.
Naib Setiausaha Keselamatan Kebangsaan Dan Majlis Keselamatan Ukraine, Victoria Syumar berkata, Berezovsky akan didakwa mengikut Akta 111 kerana membelot.
“Beliau tidak melawan apabila ibu pejabatnya dikepung, malah berpaling tadah kepada Crimea,” katanya.
Ukraine telah dicengkam krisis sejak November lalu apabila Presiden digulingkan, Viktor Yanukovych menahan dirinya daripada menandatangani Perjanjian Persatuan dengan Kesatuan Eropah yang memihak kepada hubungan lebih rapat dengan Rusia.
Minggu lalu, Parlimen menamakan Oleksandr Turchynov, sebagai presiden sementara negara itu.
Kesimpulannya, Putin tidak membuang masa berbincang. Selain itu, tindakan beliau sebenarnya dapat menyelamatkan banyak nyawa dari terkorban jika wujud rundingan.
Mungkinkah ini dendam terhadap Yanukovych kerana enggan menandatangani perjanjian tersebut atau angkara kerajaan sementara yang mahu teruskan hubungan dengan Rusia?
-sinarharian
By: MyFM
On 10:31
'Kami mampu tewaskan Malaysia 3-0'
Kuala Lumpur: Juara bertahan Siri Super Akhir ISTAF, Thailand seakan melancarkan serangan psikologi terhadap Malaysia apabila barisan regu keduanya yang bakal berentap di Stadium Titiwangsa hari ini, tanpa berselindung yakin dapat menumpaskan lawannya itu 3-0 andainya bertemu di pentas final nanti.
Negara Gajah Putih itu tidak membawa regu utamanya yang dibarisi Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee, sebaliknya menurunkan Kritsana Tanakorn, Sittipong Khamchan, Supachai Maneenat, Treepong Rawangpai dan Somporn Jaisinghol pada edisi kedua kali ini.
Tanpa menghiraukan tekanan daripada penyokong tuan rumah, kapten Thailand, Jaisinghol yang juga pengumpan, menyuarakan betapa mereka mampu menumpaskan Malaysia seperti pada pusingan final Siri Super ISTAF II di Bangkok Thailand, September lalu dan Siri Super ISTAF III di Sabah, pada Oktober.
“Biarpun jurulatih membuat keputusan untuk tidak menurunkan regu utama, tetapi kami percaya tetap mampu melangkah ke final
Peluang cerah
“Kami sudah berlatih bersama sejak sebulan lalu dan sekiranya penyokong Malaysia tidak melihat pemain utama kami sekalipun, kami tetap percaya mampu menewaskan mereka.
“Saya percaya pasukan ini mampu menewaskan Malaysia 3-0,” kata Jaisinghol yang berusia 34 tahun itu ketika ditemui di sini, semalam.
“Kami sudah berlatih bersama sejak sebulan lalu dan sekiranya penyokong Malaysia tidak melihat pemain utama kami sekalipun, kami tetap percaya mampu menewaskan mereka.
“Saya percaya pasukan ini mampu menewaskan Malaysia 3-0,” kata Jaisinghol yang berusia 34 tahun itu ketika ditemui di sini, semalam.
Sebagai rekod, pada final Siri Super ISTAF II, regu Thailand menewaskan Malaysia 3-0 dan sebulan selepas itu di Sabah, mereka menang 3-2.
Sementara itu, ketua jurulatih Malaysia, Jamaluddin Hassan menyifatkan keputusan Thailand tidak membawa regu utama sebagai satu peluang cerah buat pemainnya merangkul kejuaraan apalagi beraksi di laman sendiri.
-bharian
By: MyFM
On 10:22
Tuesday, 4 March 2014
Ancaman jerebu, 5 kawasan IPU tidak sihat
Kuala Lumpur: Jerebu melanda negara yang setakat ini menyebabkan lima kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, dikesan berpunca kebakaran terbuka susulan kemarau yang sedang dialami.
Sehingga jam 10 malam tadi, sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, Pelabuhan Klang merekodkan IPU tertinggi dengan 143, diikuti Seri Manjung, Perak (110), Shah Alam (110), Banting (108), Petaling Jaya (108), Muar (105) dan Kuala Selangor (104). - Bharian
By: MyFM
On 17:37
Tindakan pantas pekerja hotel selamatkan hotel dan restoran daripada terbakar
(Gambar Hiasan)
ALOR SETAR: Tindakan pantas seorang pekerja hotel mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memadamkan kebakaran di sebuah rumah setinggan di Limbong Kapal, Jalan Langgar di sini berjaya menyelamatkan sebuah restoran dan hotel bajet daripada turut terbakar.
Rumah setinggan itu musnah keseluruhannya selepas berlaku satu letupan di dalam rumah itu dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi.
Pekerja hotel bajet berkenaan Abd Razak Bakar, 52, berkata ketika kejadian dia sedang menyidai pakaian di luar hotel yang terletak berhampiran rumah setinggan itu sebelum terdengar satu letupan kuat.
Panik melihat api marak sejurus letupan itu, dia kemudian berlari ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja yang terletak kira-kira 500 meter bagi mendapatkan bantuan.
"Saya bimbang api akan merebak ke hotel dan kedai makan berhampiran sebab jarak rumah setinggan itu dekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Pemilik rumah Lee Seong Kooi, 76, berkata dia tidak lagi mendiami rumah tersebut dan berpindah sejak tiga hari lepas setelah diminta pemilik tanah.
Katanya hari ini dia bersama dua anggota keluarga datang bagi memeriksa peralatan yang tertinggal di dalam rumah itu sebelum ke pejabat peguam bagi menguruskan kesnya untuk menuntut pampasan daripada pemilik tanah tersebut.
"Lepas saya sampai di pejabat peguam saya terima panggilan daripada rakan kata rumah saya dah terbakar," katanya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Izham Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 pagi dan sampai ke tempat kejadian dua minit kemudian.
Katanya bomba dengan kekuatan tiga jentera dan 14 anggota berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 10.15 pagi daripada merebak ke bangunan berhampiran.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bharian
ALOR SETAR: Tindakan pantas seorang pekerja hotel mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memadamkan kebakaran di sebuah rumah setinggan di Limbong Kapal, Jalan Langgar di sini berjaya menyelamatkan sebuah restoran dan hotel bajet daripada turut terbakar.
Rumah setinggan itu musnah keseluruhannya selepas berlaku satu letupan di dalam rumah itu dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi.
Pekerja hotel bajet berkenaan Abd Razak Bakar, 52, berkata ketika kejadian dia sedang menyidai pakaian di luar hotel yang terletak berhampiran rumah setinggan itu sebelum terdengar satu letupan kuat.
Panik melihat api marak sejurus letupan itu, dia kemudian berlari ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja yang terletak kira-kira 500 meter bagi mendapatkan bantuan.
"Saya bimbang api akan merebak ke hotel dan kedai makan berhampiran sebab jarak rumah setinggan itu dekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Pemilik rumah Lee Seong Kooi, 76, berkata dia tidak lagi mendiami rumah tersebut dan berpindah sejak tiga hari lepas setelah diminta pemilik tanah.
Katanya hari ini dia bersama dua anggota keluarga datang bagi memeriksa peralatan yang tertinggal di dalam rumah itu sebelum ke pejabat peguam bagi menguruskan kesnya untuk menuntut pampasan daripada pemilik tanah tersebut.
"Lepas saya sampai di pejabat peguam saya terima panggilan daripada rakan kata rumah saya dah terbakar," katanya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Mohd Izham Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 pagi dan sampai ke tempat kejadian dua minit kemudian.
Katanya bomba dengan kekuatan tiga jentera dan 14 anggota berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 10.15 pagi daripada merebak ke bangunan berhampiran.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bharian
By: MyFM
On 15:41
Saya Pukul Anak Untuk Disiplinkan Mereka, Bukan Cederakan - Azizul
STOCKHOLM: Azizul Raheem Awalluddin, yang didakwa kerana memukul anaknya memberitahu mahkamah di sini bahawa tindakan itu bagi mendisiplinkan anak-anaknya tetapi tidak pernah mencederakan mereka.
Azizul berkata, dia memukul anak-anaknya kira-kira dua sehingga tiga kali dalam setahun sebelumnya ketika keluarganya masih berada di Malaysia dan Afrika.
Azizul, yang merupakan pengarah Tourism Malaysia berpangkalan di sini sedang menjalani perbicaraan bagi hari ketujuh di mahkamah daerah Solna.
"Tujuannya adalah untuk membuatkan mereka (anak-anak) faham apa yang mereka lakukan itu adalah salah, bukan untuk menyeksakan atau mahu menyakitkan mereka," kata Azizul ketika ditanya mengapa dia memukul anak-anaknya.
Azizul dan isterinya, Shalwati Nurshal, ditahan pada 18 Disember tahun lepas selepas anak kedua mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya yang dia telah dipukul, sehingga menyebabkan satu laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
Azizul yang memakai jaket hitam dan tali leher begitu yakin menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pendakwa Anna Arnell, dalam bahasa Sweden dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
Ketika ditanya adakah dia merupakan seorang bapa yang tegas, Azizul menjawab bahawa dia menjadi kurang tegas selepas anak keempatnya, Adam, dikeluarkan dari tadika di Afrika disebabkan oleh masalah pembelajaran.
"Selepas itu saya tidak begitu tegas, saya sedih apabila Adam dihantar ke sekolah kanak-kanak kurang upaya," kata Azizul, sambil mengelap air matanya.
Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa atas pelbagai kesalahan kerana melanggar integriti kanak-kanak secara kasar, dengan memukul dan mencederakan anak-anaknya.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Spanga, di pinggir Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013. - mStar
By: MyFM
On 09:40
2 Sekolah Di Beaufort Dan Tuaran Terbakar !!!
KOTA KINABALU: Dua buah Sekolah Kebangsaan (SK) di Beaufort dan Tuaran terbakar petang Isnin.
Ia melibatkan tiga blok bangunan kayu SK Pekan Kiuli, Tuaran yang musnah sama sekali dalam kejadian 1.50 petang dan dua blok yang menempatkan perpustakaan dan stor sukan SK Gadong, Beaufort yang berlaku kira-kira 3.15 petang.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata, kejadian berlaku selepas tamat sesi persekolahan.
Punca kebakaran belum dikenal pasti, katanya.
Beliau berkata, 16 anggota dikejarkan untuk mengawal kebakaran di SK Pekan Kiuli sementara tujuh anggota ke SK Gadong.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin), Newmond Tibin berharap Jabatan Pendidikan dapat menempatkan murid SK Kiulu sama ada dengan menumpang sementara bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kiulu atau bangunan lain seperti Dewan Masyarakat.
"Kami juga berharap Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Sabah dapat mempercepatkan pembinaan SK Kiulu yang baharu daripada konkrit bagi menggantikan bangunan lama daripada kayu itu," katanya.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata kebakaran di SK Pekan Kiulu melibatkan blok bangunan papan yang dibina pada 1957 yang menempatkan 187 murid Tahun 1 hingga 6 dan sembilan murid prasekolah beserta 22 orang guru.
Ia juga menempatkan pusat sumber.
"JPN Sabah telah menurunkan peruntukan sedia ada sebanyak RM30,000 untuk membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran, bahan dan peralatan lain," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, murid-murid akan menggunakan makmal komputer dan khemah sebagai kelas sementara mereka.
Jame berkata, pihaknya akan menunggu laporan dan cadangan daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan bagi memohon peruntukan kecemasan.
"JPN Sabah akan mencadangkan perancangan jangka masa panjang bagi membina gantian penuh bangunan sekolah ini," katanya. - mStar
By: MyFM
On 09:03
Parlimen Ketereh Kekal Menjadi Milik BN

KOTA BAHARU: Tan Sri Annuar Musa daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai anggota Parlimen Ketereh selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, pada Isnin menolak petisyen pilihan raya PKR bagi membatalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.
Hakim Datuk John Louis O'hara menolak petisyen itu yang difailkan calon PKR Ab Aziz Ab Kadir dan memerintahkannya membayar kos perundangan sebanyak RM10,000 kepada Annuar selaku responden pertama.
Beliau juga memerintahkannya membayar kos perundangan masing-masing sebanyak RM10,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ketereh selaku responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden ketiga.
Ketika membuat keputusan itu, Hakim O'hara berkata Annuar telah dipilih secara sewajarnya sebagai anggota Parlimen Ketereh pada PRU13 itu.
Annuar diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga.
Pempetisyen pula diwakili Hisham Fauzi.
BN mengemukakan bantahan awal itu mengikut Seksyen 35(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya pada Disember dan Januari lepas dengan alasan antaranya petisyen berkenaan telah melebihi had masa enam bulan untuk dibicarakan iaitu selepas PRU13, dan fakta dalam petisyen itu tidak mencukupi untuk menyokong relief yang diminta pempetisyen untuk membatalkan kemenangan Annuar.
Pada PRU13, Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh menewaskan Ab Aziz dengan majoriti 974 undi.
Pada 23 Julai tahun lepas, mahkamah sama (Mahkamah Pilihan Raya) menolak petisyen Ab Aziz, namun Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan perintah itu.
Mahkamah Persekutuan berpendapat Hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak sepatutnya membatalkan petisyen itu atas alasan pempetisyen gagal mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Sementara itu Mohd Hafarizam yang ditemui di luar mahkamah berkata keputusan itu merupakan keputusan terakhir petisyen yang diadakan di negara ini.
"Alhamdulillah ini keputusan petisyen terakhir dan berpihak kepada BN. Dalam petisyen kali ini BN telah memfailkan sebanyak 20 petisyen dan tidak ada satu pun petisyen yang kita tarik balik berbanding pembangkang," katanya. - mStar
By: MyFM
On 08:56
Bicara Kes Saman Anwar & Khairy Ditetapkan 9-11 Jun
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 9 Jun untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan J. Leela mewakili Anwar, dan peguam Jeffery John mewakili Khairy.
Mahkamah menetapkan 9 hingga 11 Jun untuk perbicaraan manakala 27 Mac ini ditetapkan untuk pengurusan kes.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.
Pada 25 November tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Khairy bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu ke mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan)terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Oktober tahun lepas, yang menolak permohonan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau untuk meminda pembelaannya dalam kes saman tersebut. - mStar
By: MyFM
On 08:54
Monday, 3 March 2014
Pahang tidak bercadang catu bekalan air - Adnan Yaakob
KUANTAN: Pahang masih berupaya menyalurkan bekalan air bersih kepada semua penduduknya dan belum bercadang melaksanakan catuan sekalipun beberapa kawasan di daerah ini sudah mengalami gangguan bekalan.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bagi menangani masalah di kawasan berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan agar pintu Empangan Chereh di Panching dibuka bagi menyalurkan bekalan ke kawasan terjejas.
Bagaimanapun kawasan yang terjejas mungkin bertambah jika musim kemarau berterusan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Projek Pemodenan Lesen Perniagaan peringkat negeri di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini.
Mengulas persetujuan yang dicapai oleh kerajaan pusat dan kerajaan Selangor berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Adnan berkata kerajaan Pahang menyambut baik keputusan itu.
"Ini akan memudahkan proses penyaluran air dari Sungai Semantan ke Selangor sekali gus dapat menyelesaikan krisis air yang melanda negeri tersebut," katanya. - Bharian
By: MyFM
On 18:57
Terowong Dasar Laut Masih Diperlukan - Guan Eng
GEORGE TOWN: Terowong dasar laut yang menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar Pulau Pinang masih diperlukan walaupun dengan pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata ketua menteri Lim Guan Eng.
Terowong di antara Persiaran Gurney dan Bagan Ajam yang bertindak sebagai akses ketiga itu akan menjadi sebagai pemangkin dan perubahan pembangunan bagi pertumbuhan ekonomi di utara Seberang Prai.
"Ia juga akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau itu," katanya dalam satu kenyataan media, Ahad.
Lim mengulas gesaan oleh pihak-pihak tertentu yang inginkan pautan ketiga yang dicadangkan itu dibatalkan.
"Terdapat hanya dua bantahan rapuh yang diberikan iaitu tidak ada keperluan untuk pautan ketiga kerana sekarang sudah terdapat dua jambatan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri ini dan kebimbangan alam sekitar dengan membina terowong di bawah dasar laut.
"Mana-mana kajian asas pengangkutan akan bertanggungjawab terhadap sebuah pulau, lebih banyak rangkaian adalah lebih baik dari segi perhubungan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Lim berkata terowong itu akan membawa pembangunan di utara Seberang Prai kerana pusat Seberang Prai dapat menghubungkannya dengan Jambatan Pulau Pinang dan Seberang Prai selatan dengan jambatan baru.
Pada majlis yang lain, Lim berkata kerajaan Pulau Pinang menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menamakan jambatan baru itu.
"Menamakan jambatan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kami menyokong pilihan yang telah dibuat," kata beliau pada sidang media selepas gotong royong di Taman Hijau, Batu Lanchang di sini, Ahad.
Lim turut ditanya mengenai kadar tol bagi jambatan baru tetapi beliau enggan mengulas kerana penetapan kadar adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.- mStar
By: MyFM
On 12:12
Dicabul 'Guru Disiplin', Senior paksa Junior Oral Seks (Pusat Penjagaan Kanak-kanak Yang Melampau)
JOHOR BAHRU: Polis sedang menyelesaikan laporan penderaan seksual dan fizikal yang mengejutkan di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Taman Abad di sini yang didaftarkan sebagai sebuah tadika tetapi beroperasi sebagai asrama.
Guru disiplin pusat tersebut, yang merupakan seorang lelaki Afrika dalam usia lingkungan 40-an dikatakan telah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berumur antara empat dan tujuh tahun.
Dua daripada kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di rumah itu juga didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang lebih muda.
M.Letchumy, 39, yang telah berhenti daripada berkhidmat sebagai pembantu di pusat itu baru-baru ini selepas bekerja di sana sejak November tahun lepas berkata 'guru disiplin' terbabit mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak perempuan apabila dia datang ke situ semasa waktu makan tengahari.
"Dia akan membawa mereka ke satu tempat, mencium bahagian bibir dan pipi dan menodai mereka," katanya sambil menambah dia telah membuat laporan polis pada 28 Februari lalu.
Katanya, dia melihat sesuatu yang tidak kena dengan kanak-kanak perempuan di situ pada Disember dan cuba mendekati mereka tetapi mereka enggan memberitahunya apa yang telah berlaku.
"Mereka hanya menceritakan perkara sebenar selepas berulang kali jaminan diberikan bahawa mereka tidak akan dihukum.
"Sesetengah daripada mereka memberitahu ibu bapa mereka bahawa guru terbabit telah mencium muka dan dada mereka serta menyentuh bahagian sulit mereka sehingga merah dan bengkak," tambahnya.
Letchumy mendakwa bahawa dua kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di rumah itu juga telah memaksa kanak-kanak di situ yang lebih muda melakukan seks oral ke atas mereka.
Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang telah tinggal di rumah tersebut sebelum ini berkata dia telah diminta melakukan perbuatan seksual untuk mereka yang dipanggil 'abang yang lebih tua'.
"Penderaan ini berlaku dengan kerap. Mereka akan mengejut saya pada waktu tengah malam dan membawa saya ke tempat tidur mereka dan memaksa saya untuk melakukannya.
"Pada mulanya saya takut dan enggan tetapi mereka mengancam untuk memberitahu guru dan memberi amaran bahawa saya akan dirotan," katanya.
Saudara kandungnya yang berusia 11 tahun yang juga tinggal di rumah itu berkata kedua-dua kanak-kanak lelaki itu turut menyuruh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lebih muda mengikut kehendak mereka.
"Pada satu malam, saya melihat salah seorang daripada mereka membawa adik saya ke katilnya. Mereka melindungi diri dengan selimut. Apabila saya memberitahu guru pada keesokan hari, saya diminta untuk berdiam diri, jika tidak, saya akan dihukum," katanya.
Menurut Letchumy, kebanyakan ibu bapa kanak-kanak di situ bekerja di Singapura dan hanya datang melawat mereka pada hujung minggu.
Dia berkata ibu bapa membayar purata RM600 bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke situ yang telah didaftarkan sebagai sebuah tadika.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tiga kertas siasatan dibuka bagi siasatan kes itu.
"Laporan tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. Kami akan memberikan keutamaan kepada apa-apa yang melibatkan kebajikan dan penjagaan kanak-kanak," katanya. - mStar
By: MyFM
On 12:08
Pakai Topeng Muka Ketika Jerebu Nasihat Subramaniam
IPOH: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah awal termasuk memakai topeng muka ketika kawasan mereka dilanda jerebu.
Beliau berkata, setakat ini tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah tidak berbahaya berikutan kejadian kebakaran hutan di beberapa kawasan seluruh negara yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu.
"Orang ramai diminta menjaga kesihatan mereka, jangan terlalu lama terdedah pada cuaca panas ketika melakukan aktiviti luar dan kerap minum air masak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Persatuan India Kinta pada Ahad.
Mengulas jumlah kes denggi yang dilihat kian meningkat, Subramaniam berkata, kesedaran rakyat berhubung kebersihan perlu dipertingkat bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes di kediaman mereka.
Beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya dengan mempertingkat kualiti dalam melakukan kerja-kerja pembersihan.
"Di peringkat negeri, pengarah kesihatan selalu mengadakan mesyuarat melibatkan wakil semua pihak," katanya.
Sebanyak 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempohdua bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian dalam tempoh sama pada 2013. - mStar
By: MyFM
On 11:59
Syabas Gesa Jimat Air kepada Penduduk Tidak Terjejas Dengan Catuan Air
PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menasihatkan pengguna yang tidak terjejas dengan pelaksanaan catuan air supaya berjimat dalam penggunaan air mereka.
Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, catuan dilakukan bagi kuantiti air yang dirawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menurun sebanyak 300 juta liter sehari.
"Pengguna yang berada di kawasan tidak terjejas ekoran catuan digesa untuk menjimatkan dan mengurangkan penggunaan air mereka bagi membantu mencapai sasaran 300 juta liter sehari," katanya.
Beliau juga meminta mereka yang terjejas dengan catuan itu supaya menggunakan air untuk kegunaan penting dan mengelakkan penggunaan yang tidak penting dan tidak perlu seperti membasuh kereta dan menyiram rumput.
Catuan yang bermula pda Ahad berkuatkuasa sehingga 31 Mac berikutan penurunan paras air di beberapa empangan.
Ia akan memberi kesan kepada 402,457 isi rumah dan perniagaan di enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor.
Lebih dua juta orang akan perlu bertahan selama sebulan dengan air yang dibekalkan selang selama dua hari, diikuti dengan dua hari gangguan air. - mStar
By: MyFM
On 11:57
Tak Maklum MoU Kepada Pemimpin PKR Sebab Terikat Undang-Undang - Khalid
KOTA BHARU: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakannya tidak memaklumkan Perjanjian Persefahaman (MoU) kerajaan negeri itu dengan kerajaan pusat berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah disebabkan terikat dengan undang-undang.
Beliau berkata, peruntukan undang-undang melarangnya membuat kenyataan berhubung perkara itu, dan jika perlu, hendaklah dilakukan secara tertib bagi mengelak syarikat yang mengendali air di Selangor, terjejas di pasaran saham.
"Syarikat yang mengendalikan air di Selangor tersenarai di pasaran saham dantidak boleh dibincang secara terbuka kepada umum," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU dengan kerajaan negeri Kelantan pada Ahad.
Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan pemimpin PKR bahawa beliau tidak memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memeterai MoU dengan kerajaanpusat berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.
Pada 26 Februari lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang berlanjutan sejak 2008.
MoU antara Kelantan dan Selangor ialah bagi kerjasama kepakaran membabitkan tujuh perkara iaitu Pendidikan, sistem gadaian Islam Ar Rahn, Pusat Makanan Halal, Perundangan, Pembangunan Siber, Pemasaran Produk dan Air.
Kelantan diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob manakala Selangor oleh Abdul Khalid. - mStar
By: MyFM
On 11:55
2 Juta Penerima BR1M Tiada Akaun Bank Untuk Diberi Baucar Bantuan
PONTIAN: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada 7.9 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara, sebanyak dua juta daripadanya tidak mempunyai akaun bank dan diberikan baucar bantuan.
Beliau berkata, penerima BR1M digesa membuka akaun bank serta mengemas kini nombor akaun dengan pihak berkaitan bagi mempercepatkan penyaluran bantuan itu pada masa hadapan.
"Saya tak faham kenapa tiada akaun bank ataupun mereka ini tidak mengemaskinikan borang BR1M mereka. Mereka boleh mengemas kini pada setiap masa di pejabat-pejabat daerah, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ketua-ketua kampung," katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada penerima kawasan parlimen Pontian di sini, Ahad.
Ahmad turut menjelaskan antara sebab mengapa ada permohonan lambat diproses adalah disebabkan penggunaan borang secara manual dan bukan melalui dalam talian.
Beliau turut meminta pejabat-pejabat daerah mempercepatkan pengagihan BR1M selewatnya sebelum April bagi mengurangkan kegusaran rakyat yang layak mendapat bantuan tersebut. - mStar
By: MyFM
On 11:53
Sunday, 2 March 2014
Dubai haramkan 'terapi puntianak'
Aktres Kim Kardashian dikatakan amat meminati rawatan wajah puntianak.
Dubai: Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.
Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.
Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.
“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.
Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.
Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.
Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.
Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).
Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal. - bharian
Dubai: Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.
Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.
Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.
“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.
Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.
Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.
Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.
Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).
Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal. - bharian
By: MyFM
On 19:32
Subscribe to:
Posts (Atom)







.jpg)










