Wednesday, 5 March 2014

'Kami mampu tewaskan Malaysia 3-0'

10:22



Kuala Lumpur: Juara bertahan Siri Super Akhir ISTAF, Thailand seakan melancarkan serangan psikologi terhadap Malaysia apabila barisan regu keduanya yang bakal berentap di Stadium Titiwangsa hari ini, tanpa berselindung yakin dapat menumpaskan lawannya itu 3-0 andainya bertemu di pentas final nanti.

Negara Gajah Putih itu tidak membawa regu utamanya yang dibarisi Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee, sebaliknya menurunkan Kritsana Tanakorn, Sittipong Khamchan, Supachai Maneenat, Treepong Rawangpai dan Somporn Jaisinghol pada edisi kedua kali ini.

Tanpa menghiraukan tekanan daripada penyokong tuan rumah, kapten Thailand, Jaisinghol yang juga pengumpan, menyuarakan betapa mereka mampu menumpaskan Malaysia seperti pada pusingan final Siri Super ISTAF II di Bangkok Thailand, September lalu dan Siri Super ISTAF III di Sabah, pada Oktober.

“Biarpun jurulatih membuat keputusan untuk tidak menurunkan regu utama, tetapi kami percaya tetap mampu melangkah ke final


Peluang cerah

“Kami sudah berlatih bersama sejak sebulan lalu dan sekiranya penyokong Malaysia tidak melihat pemain utama kami sekalipun, kami tetap percaya mampu menewaskan mereka.

“Saya percaya pasukan ini mampu menewaskan Malaysia 3-0,” kata Jaisinghol yang berusia 34 tahun itu ketika ditemui di sini, semalam. 

Sebagai rekod, pada final Siri Super ISTAF II, regu Thailand menewaskan Malaysia 3-0 dan sebulan selepas itu di Sabah, mereka menang 3-2.

Sementara itu, ketua jurulatih Malaysia, Jamaluddin Hassan menyifatkan keputusan Thailand tidak membawa regu utama sebagai satu peluang cerah buat pemainnya merangkul kejuaraan apalagi beraksi di laman sendiri.

-bharian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top