Saturday, 1 March 2014

SKANDAL ARTIS DENGAN SUAMI ORANG???

19:30



Setelah berkeras menafikan tentang status kekasih yang bergelar suami orang, Hanez Suraya akhirnya memohon maaf kerana tidak memberitahu perkara sebenar dan terpaksa menipu tentang jejaka itu bergelar duda.


Bagi Hanez, ianya bukanlah haknya untuk menceritakan tentang hal peribadi orang lain pada umum.

“Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang.”

“Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu,” jelas Hanez.

Begitu rupanya?

Sepatutnya Hanez berterus-terang daripada awal lagi supaya tidak menimbulkan fitnah yang bukan-bukan. Sekarang sudah diperbesarkan, apa agaknya akan terpalit pada nama Hanez?

Apapun, kita nantikan penjelasan selanjutnya di sidang media yang bakal diadakan oleh Hanez minggu hadapan yang mungkin akan dihadiri oleh kekasihnya itu juga.

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top