Monday, 3 March 2014

Pahang tidak bercadang catu bekalan air - Adnan Yaakob

18:57



KUANTAN: Pahang masih berupaya menyalurkan bekalan air bersih kepada semua penduduknya dan belum bercadang melaksanakan catuan sekalipun beberapa kawasan di daerah ini sudah mengalami gangguan bekalan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bagi menangani masalah di kawasan berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan agar pintu Empangan Chereh di Panching dibuka bagi menyalurkan bekalan ke kawasan terjejas.

Bagaimanapun kawasan yang terjejas mungkin bertambah jika musim kemarau berterusan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Projek Pemodenan Lesen Perniagaan peringkat negeri di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini.

Mengulas persetujuan yang dicapai oleh kerajaan pusat dan kerajaan Selangor berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Adnan berkata kerajaan Pahang menyambut baik keputusan itu.

"Ini akan memudahkan proses penyaluran air dari Sungai Semantan ke Selangor sekali gus dapat menyelesaikan krisis air yang melanda negeri tersebut," katanya. - Bharian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top