Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan berkata sejak dibuka Ahad lepas pihaknya mendapati ramai yang berhenti untuk merakam gambar.
"Keadaan ini bahaya kerana mereka akan berada di lorong motosikal yang menghalang penunggang motosikal," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Jambatan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac lepas mencatat rekod sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu 24 kilometer yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.
Sementara itu Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Pulau Pinang Supt Wan Aziz Wan Husin ketika dihubungi, berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk memantau keadaan lalu lintas di jambatan berkenaan.
"Pasukan khas itu akan membuat rondaan secara berkala dan akan mengeluarkan notis saman kepada mereka yang membuat kesalahan trafik termasuk berhenti di atas jambatan itu," katanya.
-sinarharian
0 comments:
Post a Comment