Friday 28 February 2014

Kaya ! Peroleh RM500,000 Hasil Tipu Kutip Derma

02:05

(Gambar Hiasan)

IPOH: Polis menahan dua daripada 19 anggota sindiket yang menggunakan dokumen palsu untuk mengutip derma sejak dua tahun lepas dengan jumlah kutipan dianggarkan lebih RM500,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Maszely Minhad berkata kedua-dua wanita masing-masing berumur 36 tahun dan 37 tahun itu ditahan ketika sedang mengutip derma di sebuah sekolah di sini pada pukul 9.40 pagi Selasa lepas.

"Mereka mendakwa mengutip derma untuk tabung pembinaan tambahan asrama dan surau sebuah pertubuhan anak yatim di Simpang Pulai," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata tangkapan itu susulan aduan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 20 Februari lepas dan hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu.

Katanya berdasarkan buku resit yang dirampas daripada suspek, kedua-dua wanita itu berjaya mengutip kira-kira RM5,700 sejak Januari lepas daripada beberapa buah sekolah dan orang persendirian.

Maszely berkata mereka aktif membuat kutipan di sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar dan Kulim.

"Kedua-dua suspek pernah bekerja memungut derma untuk pertubuhan itu dan mereka memperoleh permit yang sah pada tahun 2011. Tetapi permit itu hanya sah digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja," katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman tiga hari mulai Khamis.

Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pengutip derma individu atau pertubuhan bagi memastikan mereka tidak ditipu. - mStar

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top