Friday, 28 February 2014

Lee Min Ho Digoda Wanita Comel

01:58


PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho menjelaskan dia bukan seorang lelaki yang terlalu memilih tentang rupa paras pasangannya meskipun dia berwajah tampan.

Bercakap kepada dramafever.com, Min Ho bagaimanapun berkata, dia suka kepada wanita yang berwajah comel untuk dijadikan kekasih suatu hari nanti.

"Mungkin orang ingat saya seorang yang memilih kerana status selebriti yang ada pada saya tetapi sebenarnya saya bukan seorang yang memilih.

"Tetapi saya mengakui tertarik kepada wanita berwajah comel," katanya.

Dalam pada itu, Min Ho berkata, populariti yang dikecapi di China menerusi drama bersiri The Heirs bukti usaha kerasnya selama ini terbayar.

Jelas Min Ho bukan mudah untuk menembusi pasaran di China dan gembira apabila diterima baik oleh peminat di negara itu. - mStar

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top