Wednesday, 26 February 2014

Ahli perniagaan bebas tuduhan tipu RM135,000

13:17

(Gambar Sekadar Hiasan)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan hutang berjumlah RM135,000.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati M Gopi Nanthan, 38, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mat Ghani berkata mahkamah berpuas hati bahawa cek bukan dikeluarkan oleh tertuduh dan wang RM135,000 juga bukan yuran bagi konsultansi tetapi ia adalah tunggakan faedah bagi pinjaman tertuduh.

Gopi Nathan didakwa menipu Iqbal Feiruz Khan Mohamed Rafik dengan memberikan sekeping cek tendang Bank HSBC bernilai RM135,000 untuk melunaskan bayaran hutang kepada mangsa.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Royal Selangor Club Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara, di sini, pada 11 pagi, 9 Mei 2012.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal manakala tertuduh diwakili peguam S Devanandan. - Bharian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top