Friday, 28 February 2014

13 Disenarai Bilionair Malaysia Yang Baru !!

10:32


KUALA LUMPUR: Seramai tiga belas individu disenaraikan sebagai bilionair Malaysia yang baharu, menyertai Tan Sri Robert Kuok yang berpangkalan di Hong Kong yang berada pada kedudukan teratas selama sembilan tahun menerusi senarai terkini Individu Terkaya Malaysia oleh Forbes.

Kuok, 90, membina sebuah empayar perniagaan besar-besaran yang merangkumi minyak sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah, mempunyai aset bernilai AS$11.5 bilion (RM37.7 bilion).

Pemaju Kumpulan Kuok itu menduduki tangga teratas sejak 2006, walaupun nilainya sedikit menurun sebanyak AS$1.1bilion (RM3.28 bilion) pada tahun lepas.

Jutawan telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan juga kekal di tempat kedua, dengan nilai bersih AS$11.2 bilion (RM36.07 bilion).

Ananda, yang mempunyai empayar yang terdiri daripada syarikat telekomunikasi Maxis Communications Bhd, stesen TV berbayar dan penjanaan kuasa, turut menyaksikan sedikit penurunan dalam kekayaan berbanding sebelumnya bagi tahun ini iaitu AS$11.7 bilion (RM38.38 bilion).

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay, yang menguruskan kasino di Bahamas, London, Singapura, Manila dan New York di samping kasino di negara ini yang berkembang di Genting Highlands, mengambil tempat ketiga, dengan saham bernilai AS$6.5 bilion (RM21.32 bilion ), bersama dengan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua dan ahli-ahli keluarga yang lain.

Naik satu tangga ke tempat keempat, mogul hartanah dan Pengerusi Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan menyaksikan peningkatan kekayaannya sebanyak AS$6.4 bilion (RM21 bilion) daripada AS$1.6 bilion (RM5.25 bilion), menjadikan beliau mendapat mencatatkan keuntungan paling besar dari segi dolar.

Adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin bagi Sapura Group, di tempat ke-11, menyaksikan kekayaan bersih mereka meningkat sebanyak satu pertiga kepada AS$1.4 bilion (RM4.59 bilion) daripada AS$1.05bilion (RM3.44 bilion).

Walaupun ekonomi global yang tidak menentu, Malaysia kini mempunyai 18 bilionair, dengan warga Thai yang bermastautin lama di Malaysia, Tan Sri Surin Upatkoon, berada di kedudukan ke-13.

Disenaraikan buat kali pertama, Datuk Mokhzani Mahathir, yang merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada di kedudukan ke-15 selepas mencatatkan peningkatan 22% daripada saham minyak dan gas itu.

Seorang lagi yang merupakan bilionair buat kali pertama adalah Pengasas dan Naib pengerusi Eksekutif Tropicana, Tan Sri Danny Tan Chee Sing di tempat ke-16, yang melihat lonjakan kekayaan sebanyak 121% kepada AS$1.15 bilion (RM3.77 bilion) daripada AS$520 juta (RM1.7 bilion) pada tahun lepas.

Bagi mendapatkan senarai penuh, boleh layari laman web http://www.forbes.com/malaysia. - mStar

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top