Wednesday, 26 February 2014

Sharnaaz Ahmad: Minta Maaf Atau Berdepan Saman Maksimum

13:28


Keras amaran atau kata dua yang diberikan Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi selepas mereka tampil mengadu di media berkaitan ‘serangan’ dan ugutan yang dilakukan jejaka itu.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata beliau memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berhadapan dengan tindakan undang undang.

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku”

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya”

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” ujar Sharnaaz Ahmad tegas. - Rotikaya

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top