Wednesday, 26 February 2014

Saham AirAsia X susut pada sesi pagi

13:25


KUALA LUMPUR: Saham AirAsia X Bhd susut pada sesi dagangan pagi hari ini, terjejas berikutan keputusan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 (FY13) yang lemah disebabkan perbelanjaan operasi yang tinggi.

Pada 10.42 pagi, kaunter itu menyaksikan 12.774 juta saham diurus niaga dengan harga saham turun 5.5 sen kepada 88.5 sen.

Alliance Research menyatakan keuntungan bersih teras FY13 AirAsia sebanyak RM21.6 juta jauh daripada jangkaan berikutan disebabkan prestasi lemah laluan-laluan Australia, Maldives dan Jeddah.

"Laluan Maldives dan Jeddah tidak dijangkakan merugikan AirAsia X pada suku-suku akan datang memandangkan laluan Maldives sudah ditamatkan manakala Jeddah mencatatkan faktor muatan yang lebih baik pada Januari dan Februari berikutan sekatan yang dikenakan ke atas jemaah Islam ke Makkah sudah ditarik balik," menurut firma penyelidikan itu dalam notanya hari ini.

Alliance Research menyatakan ia sudah menurunkan unjuran syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu sebanyak 111.3 peratus dan 41.7 peratus dalam tahun kewangan 2014 dan 2015, bagi menggambarkan pendapatan operasi pajakan daripada sekutunya, tambang rendah 11.0 sen pada FY14, panduan kapasiti pengurusan dan kadar tukaran asing pada RM3.30 berbanding dolar AS.

"Kami kini menjangkakan AirAsia X akan melaporkan kerugian bersih teras pada FY14, sebelum mencatat keuntungan pada FY15," katanya.

Firma penyelidikan itu menurunkan saranan untuk AirAsia X kepada 'jual' dengan harga sasaran yang disemak semula kepada 81 sen berbanding RM1.12.
- Bharian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top