Isu yang bermula sejak Maharaja Lawak Mega 2013 dan berlarutan sehingga memberikan tekanan buat artis kelahiran Kluang, Johor ini. Seboleh mungkin dia ingin menjernihkan keadaan kerana mahu fokus pada kariernya yang semakin berkembang.
“Sebenarnya isu dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar-besarkan sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.
“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM 2013 mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM, saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu
SHAHROL bersama tenaga penting Rayau Kampung, pengarah fotografi, Johan Aruna (tengah) dan pengarah, Husri Husain.
“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpengaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment