GEORGETOWN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Gambir di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata kemalangan 9.30 malam itu menyebabkan Ahmad Dasisham Mohamad Daud, 38, mati di tempat kejadian.
Katanya, ketika kejadian, lelaki itu baru keluar dari persimpangan lampu isyarat berdekatan Taman Pekaka menuju ke Bukit Gambir sebelum dirempuh Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan.
"Mangsa dikatakan terhantuk pada cermin hadapan kereta serta terpelanting di sebelah kiri jalan dan motosikalnya diseret sejauh kira-kira 20 meter dari tempat kemalangan itu," katanya.
Beliau berkata, wanita yang memandu kereta itu cedera ringan.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
- Bharian

0 comments:
Post a Comment