Wednesday, 26 February 2014

43 pelajar dibunuh penyerang disyaki Boko Haram

13:01



KANO, Nigeria: Penyerang disyaki anggota Boko Haram membunuh 43 pelajar sekolah menengah ketika mereka sedang tidur dalam serangan terbaharu ke atas sekolah di timur laut Nigeria yang bergolak itu.

Sementara itu, Nigeria meminta Perancis dan negara jiran terutama Cameroon untuk membantunya memerangi kumpulan militan itu, dua hari sebelum Presiden Perancis dijadualkan melawat negara itu.

Serangan jam 2 pagi (0100 GMT) itu menyasarkan Kolej Kerajaan Persekutuan di bandar Buni Yadi di negeri Yobe. Ciri serangan itu serupa dengan serangan September lalu yang meragut 40 nyawa.

Penyerang berkenaan dilaporkan melemparkan bahan letupan ke dalam bangunan kediaman pelajar, melepaskan tembakan rambang dalam bilik dan menetak mati beberapa pelajar.

Sumber perubatan di Hospital Pakar Sani Abacha di ibu negeri Yobe, Damaturu, menyatakan penyerang itu menyasarkan pelajar lelaki dan tidak mengapa-apakan pelajar perempuan.

“Sehingga kini, 43 mayat sudah di bawa dari kolej berkenaan dan diletakkan di bilik mayat," kata sumber itu.

Kumpulan Boko Haram yang bermaksud 'Pendidikan Barat diharamkan', dipertanggungjawabkan ke atas beberapa serangan, terutama di Yobe di mana puluhan pelajar dibunuh tahun lalu. - Bharian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top