Friday 28 February 2014

Gosip Awal Ashaari Tinggalkan Melodi?

01:54


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menafikan gosip kononnya dia tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular Melodi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, dia terkejut dengan khabar angin itu dan berasa pelik apabila mendapat tahu perkara itu daripada pihak lain dan bukannya daripada produksi program terbabit.

"Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal.

"Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu," katanya.

Batu-baru ini Awal dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baharu di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.

Penukaran hos itu dilakukan kononnya Awal gagal mengacara program tersebut selain mempunyai masalah disiplin kerja.

Bagaimanapun tambah Awal, dia menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya.

Malah sebagai bukti masih kekal bersama Melodi, Awal berkata, dia kini telah menyambung kontraknya sebagai hos program itu selama setahun.

"Alhamdulillah, rezeki di Melodi masih di pihak saya. Malah saya telah disambungkan kontrak selama setahun lagi.

"Saya tahu, menjadi pengacara Melodi bukannya mudah kerana tanggungjawab dan risikonya sangat tinggi.

"Apalagi apabila membabitkan berita-berita sensasi, ada rakan-rakan artis yang tidak mahu berkawan dengan saya lagi gara-gara kisahnya keluar dalam Melodi. Sedangkan saya sekadar menjalankan tugas sebagai sahaja," ujarnya.

Selain Awal, Melodi juga dikendalikan oleh pelawak Zizan Razak. - mStar

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top