Bukan kali pertama ke UK, malah sudah berkali-kali juga rezeki membawa saya ke sini. 13 tahun dahulu, di sini juga saya mulakan perniagaan Internet saya yang pertama ketika tamat belajar di universiti. Kali ini pula lawatan saya adalah untuk menghadiri persidangan perniagaan Internet dan strategi media sosial yang terbesar di United Kingdom.
Alhamdulillah rezeki saya dalam perniagaan Internet sejak 13 tahun dahulu. Jauh juga perjalanannya dan seperti apa sahaja pencapaian yang berbaloi, pasti ada cabarannya. Artikel kali ini saya ingin kongsikan tiga kunci kejayaan dan kekayaan yang perlu dimiliki.
1. Jangan putus asa bila gagal
Untuk mencapai apa sahaja yang berbaloi, pasti ada kesusahannya dan cabarannya. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Kegagalan adalah sesuatu yang biasa ditemui apabila mengejar kekayaan. Sekiranya ingin berjaya, kalau jatuh sembilan kali, anda tetap perlu bangun 10 kali. Baca sahaja kisah-kisah orang yang berjaya dari serata dunia, pastinya terdapat kisah kegagalan dan kesusahan yang diceritakan.
Ketika tahun 2000 saya memulakan perniagaan Internet saya yang pertama, bukanlah saya terus berjaya. Malah, perniagaan Internet pertama saya melalui kegagalan. Dalam jangka masa setahun menjalankan perniagaan Internet, saya cuma berjaya mendapatkan tiga pelanggan sahaja. Saya tahu apa yang diperlukan untuk berjaya ketika itu oleh kerana saya amat suka membaca biografi kisah orang-orang berjaya. Kesemuanya pernah mengalami kegagalan.
Walaupun mendapat hanya tiga pelanggan dalam masa setahun, saya tetap meneruskan perniagaan Internet saya. Bayangkan sekiranya saya berputus asa pada tahun 2000 kerana hanya mendapat tiga pelanggan sahaja, tidaklah rasanya saya dapat bersama anda hari ini berkongsikan kisah saya. Pesanan saya kepada anda, jangan-jangan-jangan putus asa!
2. Tambahkan ilmu untuk berjaya
Usaha tanpa ilmu adalah sia-sia. Apakah sebab utama kegagalan? Sudah tentunya kurangnya ilmu. Bagaimana untuk berjaya? Pastinya perlu tambahkan ilmu! Mengapa perniagaan saya pertama gagal sehingga hanya mendapat tiga pelanggan sahaja? Jawapanya adalah saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.
Cari jalan dan peluang untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran anda. Saya pernah menulis sebelum ini bahawa pelaburan yang terbaik adalah pelaburan kepada meningkatkan ilmu kita sendiri tidak kira dalam apa jua bidang. Ia dikatakan terdapat persamaan antara ilmu dan pendapatan. Lebih tinggi ilmu yang dimiliki, lebih tinggi peluang untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Zaman kini, mendapatkan ilmu adalah amat mudah. Ia sama ada mahu atau tidak sahaja. Informasi semuanya terdapat di hujung jari untuk melayari informasi di Internet yang penuh dengan ilmu. Satu statistik yang saya dapat ketika menghadiri sidang perniagaan Internet di London semalam adalah, maklumat di Internet sekiranya dicetak pada kertas dan dikumpulkan menjadi satu timbunan kertas, ia akan menjadi sejauh 27 kali jaraknya ke bulan! Tiada lagi alasan tidak mencari ilmu oleh kerana terdapat banyak ilmu di Internet bagi mereka yang ingin mencari.
Banyakkan membaca dalam bidang anda untuk meningkatkan ilmu. Pelajari daripada mereka yang mengetahui dalam bidang anda dan jangan henti mencari ilmu. Saya sendiri juga sering mencari ilmu dan pengalaman di serata dunia selagi mampu badan untuk meningkatkan ilmu dan kejayaan.
Apabila mendapat ilmu, pastikan anda mengaplikasikannya untuk mendapat keputusan terbaik!
3. Kemahuan untuk berubah
Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.
Fikirkan dan gambarkan keadaan kewangan kita hari ini. Adakah kita berpuas hati dengan keadaan kewangan kini? Fikirkan juga keadaan keluarga, suami, isteri, ibu, bapa atau anak-anak. Bagaimana keadaan kewangan kita hari ini akan menjadi sama sahaja dua, lima atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak berubah. Malah, mungkin akan menjadi teruk lagi oleh kerana makin lama, kos sara hidup semakin meningkat dan sekiranya kita tidak berubah untuk menampung kenaikan kos sara hidup, pastinya keadaan kewangan dan kekayaan kita akan menjadi lebih teruk lagi dua, lima atau 10 tahun akan datang.
Mereka yang berjaya adalah mereka yang mengambil tanggungjawab untuk berubah ke arah kebaikan dan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik lagi. Segalanya tidak akan menjadi sekiranya tiada kemahuan di dalam diri sendiri.
Lihat sahaja di keliling, pastinya ramai yang mempunyai ilmu. Ramai juga yang berpendidikan tinggi. Tetapi, adakah ia mencukupi? Pastinya anda mengenali mereka yang mempunyai penidikan dan ilmu yang tinggi, tetapi kekayaan tetap pada takuk lama. Sebabnya adalah, tiada kemahuan untuk berubah. Ilmu sahaja tidak mencukupi. Ilmu yang diaplikasikan dengan betul adalah lebih penting lagi.
Bagaimana pula mereka yang kurang ilmu? Pastinya peluang untuk berjaya dan menjadi kaya adalah kurang. Tetapi, dengan kemahuan untuk berubah di situ yang kita sering lihat kisah usahawan berjaya walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.
Kemahuan untuk berjaya dalam kewangan adalah umpama petrol untuk kereta. Tanpa petrol, pastinya kereta tidak dapat bergerak. Dengan petrol pada tahap tangki penuh setiap masa, ke mana sahaja kita dapat pergi tanpa henti!
Kesimpulan
Natijahnya, semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang anda impi-impikan? - Irfan Khairi, Metro

0 comments:
Post a Comment