(Gambar Hiasan)
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, dua lelaki itu diperlukan untuk membantu siasatan kejadian.
“Saya arahkan pihak polis mengenal pasti dua lelaki yang menyelamatkan mangsa itu untuk membantu siasatan.
“Sehingga kini mereka masih belum tampil ke hadapan untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurut Jalaluddin, siasatan terperinci dilakukan untuk mengenal pasti dalang kejadian itu.
“Perkara ini tidak boleh pandang remeh. Siasatan terperinci dijalankan termasuk menyiasat latar belakang keluarga mangsa,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun bernasib baik apabila muncul dua hero menyelamatkannya daripada diculik di depan sekolah dan membawanya pulang ke rumah sebelum beredar tanpa bertemu ahli keluarganya.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu kanak-kanak terbabit yang baru tamat sesi persekolahan menunggu keluarganya sebelum dia dihampiri kereta dinaiki dua lelaki.
Seorang daripadanya yang berbadan besar keluar dari kereta sebelum menarik tangan kanak-kanak itu yang melawan dan menjerit. - Metro
0 comments:
Post a Comment