Thursday 27 February 2014

Baju Piala Dunia Berunsur Lucah Ditarik Balik Adidas

08:42


Rio de Janeiro: Brazil memaksa penarikan semula penjualan baju sempena Piala Dunia yang dikatakan mempunyai corak tidak senonoh yang boleh merosakkan imej negara itu.

Berikutan aduan badan pelancongan negara itu, penaja rasmi kejohanan, Adidas menarik semula pengeluaran baju berkenaan yang sudah berada di pasaran Amerika Syarikat.

Satu daripada reka bentuk baju berkenaan menampilkan corak hati dengan tulisan ‘I love Brazil’, tetapi bentuknya menyerupai bahagian belakang wanita.

Satu lagi corak mempunyai gambar poskad dengan pemandangan Gunung Sugarloaf di Rio de Janeiro dan seorang wanita berbikini memegang bola dengan tulisan bertindih ‘Lookin’ to score’.

REKA bentuk imej pada kemeja-T yang mengundang kontroversi dan rasa tidak senang hati kerajaan Brazil

Badan pelancongan negara itu berkata, “Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengiklanan pada produk yang mengaitkan imej Brazil dengan seks.”

Mereka juga menggesa Adidas menghentikan pengeluaran baju berkenaan.

Menteri Wanita Brazil, Eleonora Menicucci berkata “Tindakan jenama besar dalam dunia sukan seperti Adidas mengeluarkan kemeja-T dengan imej dan frasa yang mengaitkan Brazil dengan pelancongan seks sangat tidak boleh diterima.”

Adidas dalam kenyataan balas memberitahu mereka sudah menghentikan pengeluaran produk itu.

“Penting untuk umum mengetahui produk ini adalah edisi khas yang hanya terdapat di Amerika Syarikat,” katanya. - Metro

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top