Saturday 1 March 2014

3 Beranak Maut Nahas di Jalan Tanah Merah-Pasir Puteh

10:30


MACHANG: Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori di Kilometer 10.6 Jalan Tanah Merah-Pasir Puteh di depan Balai Polis Banggol Judah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kereta yang dipandu Mat Rusof Mahmood, 54, dan dinaiki isteri serta dua cucunya dari arah Pasir Puteh menuju Tanah Merah, bertembung sebuah lori berisi muatan ikan dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, kemalangan menyebabkan mangsa dan isterinya, Zuraida Mohd Ghazali, 42, serta cucu mereka Ellyina Balqis Mohd Azlani, 3, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi cucu mangsa, Muhammad Eddy Firdaus Mohd Azlani, 6, cedera parah manakala pemandu lori berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori 10 tan yang membawa muatan ikan dari arah Tanah Merah dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Perodua Viva tersebut yang datang dari arah Pasir Puteh," katanya ketika dihubungi hari ini. - Bharian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top