Friday, 28 February 2014

Tengku Abdullah: Sedia rebut jawatan Presiden FAM

13:38

TENGKU Abdullah (dua dari kanan) melancarkan buku ‘Beyond Dreams’ hasil tulisan Velappan (dua dari kiri).

Kuala Lumpur: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia mempertimbangkan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seandainya mendapat pencalonan serta sokongan daripada ahli gabungan badan induk itu.

Namun beliau menegaskan lebih selesa untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan pucuk pimpinan FAM, 25 Mei depan.

“Kalau ada (ahli gabungan) yang menyatakan saya layak untuk bertanding jawatan presiden, saya akan pertimbangkan.

“Ketika ini saya mahu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dulu,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran buku bertajuk ‘Beyond Dreams’ hasil tulisan bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan.

Desas desus mengenai perebutan jawatan presiden itu mula timbul selepas bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa meminta ahli gabungan supaya melakukan perubahan pada pemilihan pucuk pimpinan kali ini dengan mencadangkan beberapa nama antaranya Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top