Friday 28 February 2014

Punca kawasan catuan air bertambah di Selangor, KL, Putrajaya

13:35

PENDUDUK Taman Bukit Sungai Long 1 mendapatkan bekalan air Rabu lalu. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Cyberjaya: Peringkat kedua pengagihan air berjadual akan membabitkan kawasan dan jumlah akaun lebih besar, bulan depan.

Sebanyak 242 kawasan membabitkan 358,342 akaun di kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor akan mengalami catuan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac ini.

Catuan bekalan air itu sekali gus bakal menjejaskan 2.2 juta pengguna di keenam-enam daerah terbabit.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Catuan air peringkat kedua itu ekoran penyusutan berterusan semua empangan di Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.- hmetro

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top