Friday, 28 February 2014
Rayuan Pendakwaan Terhadap Pembebasan Anwar 6-7 Mac Ditetapkan
21:37
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Jumaat menetapkan dua hari dari 6 Mac untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali menetapkan 6 dan 7 Mac bagi mendengar rayuan pendakwaan apabila perkara itu dihadapkan kepadanya bagi pengurusan kes di dalam kamar.
Hadir pada prosiding pengurusan kes itu ialah peguam Anwar, Karpal Singh sementara Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan Muhammad Shafee Abdullah mewakili pihak pendakwaan.
Muhammad Shafee dilantik sebagai timbalan pendakwa raya secara ad hoc pada Julai tahun lepas oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pendakwaan dalam rayuannya.
Sementara itu, Karpal Singh memberitahu media bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan 3 Mac (Isnin) bagi mendengar permohonan kali ketiga Anwar untukmelucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan Anwar dalam kes dakwaan liwat itu.
Beliau juga berkata, Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 4 Mac, permohonan pendakwaan untuk membatalkan notis rayuan Anwar. - mStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment