Friday 28 February 2014

Polis Selangor Buru Dalang Kes Culik Wanita Warga Sri Lanka

21:34

(Gambar Hiasan)

SHAH ALAM: Polis Selangor sedang memburu seorang lelaki warga Sri Lanka dipercayai dalang kes culik wanita senegara dalam kejadian di depan kuil di Batu Caves, Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lelaki itu dikenal pasti sebagai ejen pembantu rumah yang dipercayai membawa masuk wanita tersebut ke negara ini.

Wanita berusia 20 tahun itu bukan pelajar seperti yang dilapor oleh media, tetapi datang ke negara ini kerana dijanjikan pekerjaan oleh suspek, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya wanita tersebut diculik oleh empat lelaki selepas datang ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan ejen berkenaan bagi mendapatkan semula visanya yang disimpan oleh lelaki itu.

Siasatan mendapati ejen itu melarikan mangsa bagi menuntut wang 100,000 rupee (kira-kira RM8,500) iaitu kerugian yang didakwa ditanggung oleh suspek apabila wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah berkenaan melarikan diri daripada majikan, katanya.

Mohd Shukri berkata wanita itu yang sudah dua tahun berada di negara ini diselamatkan oleh polis awal pagi semalam dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Wangsa Maju.

Polis juga menahan seorang lelaki warga India dalam serbuan itu dan memberkas dua lagi lelaki warga Sri Lanka dalam serbuan susulan di sebuah rumah di Batu Caves, katanya.

Ketiga-tiga lelaki itu direman sehingga 12 Mac dalam kes yang disiasatmengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Akta Imigresen1959 kerana tiada permit masuk sah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata Kedutaan Indonesia mengesahkan pembantu rumah yang dipercayai membunuh diri selepas mengelar sehingga mati dua anak majikannya dalam kejadian di Taman Sri Putra, Sungai Buloh, sebagai rakyat republik itu.

Sehubungan itu, polis meminta rakan-rakan wanita terbabit tampil menyalurkanmaklumat berhubung pembantu rumah yang dikenali sebagai Agnes, berusia sekitar30-an, bagi melengkapkan siasatan. Dalam kejadian Selasa lepas, Melvin Selvam Joseph, 18 bulan, dan abang tirinya Koay Jia Hong, 5, ditemui mati dengan kesan kelar di leher, dipercayai dilakukan pembantu rumah itu.- mStar

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top