Wednesday, 26 February 2014
Nur Fathia Nafi Buat Perangai Di London
13:45
Hujung minggu lalu menerusi laporan Berita Harian, Nur Fathia khabarnya telah menunjukkan sikap kurang disenangi semua krew produksi drama Ariana Rose selepas kerap hadir lambat ke lokasi selain tidak menghafal skrip.
Laporan itu juga ada menyebut yang kelewatan & kegagalan Nur Fathia untuk menghafal ketika penggambaran episod akhir di London telah menyebabkan pasangan dalam drama tersebut, Keith Foo terpaksa menahan kesejukan akibat penggambaran berulang.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Nur Fathia menafikan semua dakwaan tersebut dengan berkata wujud perselisihan faham tentang jadual penggambaran kerana mereka semua duduk bilik berasingan selama lapan hari di sana.
“Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali,” jelas Nur Fathia.
“Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan”
“Mengikut kontrak sepanjang di sana saya dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran”
“Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun, penggambaran untuk promosi drama Ariana Rose sudah dibuat pada malam sebelumnya,” tambahnya lagi. - Rotikaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment