Wednesday, 26 February 2014
Balasan tunai cabar Tuhan
13:54
Ipoh: “Mereka menjerit mencabar kuasa Tuhan sambil mencekik isteri saya sekuat hati. Akhirnya dosa mereka dibalas apabila ketiga-tiga mereka mati ditembak polis Ahad lalu,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang enggan namanya didedahkan.
Dalam kejadian jam 4 pagi pada 4 Januari lalu, sekumpulan tiga perompak dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah mangsa di Kampung Dendang, Beruas.
Penjenayah turut bertindak kejam apabila mengacukan parang ke arah leher anak lelaki mangsa berusia empat tahun selain mengugut mahu menikam mati bayinya yang baru berusia lima bulan.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah ibunya itu susulan mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur.
MANGSA bergelar Datuk menceritakan semula kejadian rompakan rumahnya didalangi tiga penjenayah warga asing.
“Perompak memecah masuk melalui pintu belakang rumah sebelum menyerbu bilik tidur ibu saya terlebih dulu. Mereka kemudian mengugut supaya ibu saya menyerahkan wang. - hmetro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment