Wednesday 26 February 2014

Kes denggi di Pahang membimbangkan

18:41


KUANTAN - Kes demam denggi di Pahang menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan tambahan kes 95.1 peratus dari awal tahun ini sehingga Ahad lalu berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 201 kes demam denggi direkodkan berbanding hanya 103 kes tahun lepas.

"Daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 122 kes (61 peratus) diikuti Temerloh 26 kes, Jerantut (16), Maran (11), Raub (8), Pekan (5), Bentong (4), Rompin (3), manakala Bera, Lipis dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan dua kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan Jabatan Kesihatan Pahang telah membuat lebih 131,000 semburan kabus ke atas premis selain pemeriksaan
pembiakan Aedes terhadap lebih 50,000 premis di negeri itu.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan juga akan terus memantau secara rapi kawasan yang berwabak selain menggalakkan masyarakat menggandakan aktiviti gotong-royong. - Sinar Harian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top