Sebaliknya, menurut beliau, fenomena cuaca panas yang berlaku sejak awal tahun 2014 merupakan antara daya tarikan kepada pelancong terutama kepada pelancong dari negara yang mengalami musim sejuk ketika ini.
"Sekarang merupakan musim sejuk di negara Eropah dan kebanyakan pelancong dari sana memilih untuk bercuti di Malaysia kerana cuaca yang panas.
"Saya dimaklumkan, berdasarkan laporan yang diterima, beberapa hotel di negara ini telah habis ditempah dan ini merupakan suatu petanda yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis pengumuman pencalonan Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014 di sini, hari ini.
Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014 mengiktiraf pencapaian sukan sepanjang tahun 2013 dan merupakan acara penghormatan terulung dalam kalendar sukan antarabangsa.
Para pemenang, sebagaimana yang dipilih oleh Laureus World Sports Academy, akan diumumkan di majlis penyampaian anugerah yang bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 26 Mac nanti.
Mohamed Nazri berkata pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah acara terkenal di peringkat antarabangsa termasuk Kejohanan Perahu Layar Monsoon Cup dan Grand Prix Formula 1 mampu meningkatkan jumlah pelancong asing ke negara ini.
Katanya meskipun berlakunya perubahan cuaca, aktiviti pelancongan yang dijalankan tidak terjejas dan tidak memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
"Biasanya mereka membuat tempahan tiga bulan lebih awal untuk datang bercuti ke sini dan saya tidak fikir cuaca panas memberi kesan negatif kepada mereka," katanya.
Beliau berkata malah pihaknya yakin sasaran 28 juta pelancong ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 mampu dicapai. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment