Saturday 1 March 2014

Tanah Jerlus Rosakkan 3 rumah di Ipoh !!

15:05


Ipoh: Seramai kira-kira 20 penghuni tiga buah rumah di Kampung Pengkalan Gate Tambahan, di sini terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka terjejas dalam kejadian tanah jerlus awal pagi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, turut memusnahkan hampir 80 peratus sebuah rumah yang terjejas ekoran mendapan tanah sedalam kira-kira 5 meter.

Ketika kejadian berlaku kesemua penghuni sedang nyenyak tidur, namun bernasib baik kerana menyedari mendapan berlaku selepas terdengar bunyi retakan dinding dan lantai rumah.

Buat sementara waktu kesemua penghuni yang terjejas dipindahkan ke Dewan Kemas berhampiran dan diberi bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.- mymetro



Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top