Monday, 3 March 2014
Sanjay Dutt Menerbit Filem Walaupun Di Penjara
12:17
DITAHAN dalam penjara bukan satu alasan buat aktor Sanjay Dutt menguruskan produksinya menerbit filem.
Bintang filem tahun 90-an yang sedang menjalani hukuman penjara tahun lalu kerana memiliki senjata itu kini sedang menandatangani sebuah projek filem yang akan diterbitkan oleh produksi miliknya.
Sanjay telah mengambil Prabhu Deva sebagai pengarah filem yang masih belum ada judulnya dan segala urusan tandatangan diuruskan isteri Sanjay, Manyata Dutt, sebagai mewakili suaminya.
Sehingga kini, Sanjay, 54, terpaksa menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun dalam kes yang dikaitkan dengan pengeboman Mumbai tahun 1993. - mStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment