Wednesday, 26 February 2014
Syabas Peruntuk 30 Liter Air Sehari Untuk Satu Keluarga
23:16
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memperuntukkan 30 liter air sehari untuk setiap keluarga yang terjejas dengan gangguan bekalan air ketika ini.
Jurucakap Syabas berkata pengguna harus memahami bahawa penyaluran bantuan bekalan air itu hanya untuk kegunaan utama sahaja dan perlu berjimat-cermat menggunakannya.
"Kita tidak boleh memenuhi permintaan semua pihak bagaimanapun lori-lori tangki air kami telah diarahkan untuk menghantar bantuan air mengikut waktu bersesuaian iaitu pada pukul 6 pagi dan 8 malam.
"Kadang-kala jika terdapat banyak permintaan, kami akan menghantar juga air pada waktu lewat malam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.
Sebelum ini, orang ramai mendakwa pihak Syabas lewat menghantar bekalan air dan pada waktu yang tidak sesuai sehingga lewat malam, malahan bantuan air yang diberikan tidak mencukupi.
Masalah kekurangan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor adalah akibat penutupan dua Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang ditutup sejak 28 Januari lepas berikutan pencemaran ammonia di Sungai Langat. - mStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment