Wednesday 26 February 2014

Sumber: Kekasih Hanez Suraya Belum Bercerai, Hanya Tidak Tinggal Sebumbung

13:38


Semalam, Hanez Suraya memberikan kenyataan melalui Harian Metro mengatakan yang jejaka bergelar kekasihnya kini merupakan duda anak dua dan bukannya suami orang seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Namun, kami menerima beberapa e-mail dari mereka yang berkawan rapat dengan isteri kepada jejaka tersebut menafikan dakwaan Hanez Suraya tersebut selain berkata pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur penipuan.

Sumber kami memberitahu yang jejaka bernama R itu masih bergelar suami kepada isterinya namun mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak hari raya Aidilfitri yang lalu selepas satu perselisihan faham antara mereka.

Sumber turut menyatakan yang isterinya itu kini sedang makan hati dengan Hanez Suraya selepas kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih suami isteri.

Sumber lain pula ada memberitahu kami yang Hanez Suraya & R bukan sahaja keluar bersama namun sudah pun keluar bercuti ke luar negara bersama sebelum ini walaupun dinafikan pelakon itu ketika ditanya oleh wartawan Melodi.

Esok Hanez Suraya akan mengadakan satu sidang media khas untuk menjawab persoalan ini dan kami berharap beliau boleh memberikan kenyataan yang telus tentang hal ini. Kita tunggu sahaja apa kata Hanez Suraya selepas ini. - Rotikaya

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top