Tuesday, 25 February 2014

Sony Playstation 4 Akhirnya Dilancarkan Di Jepun

22:32


TOKYO: Peminat tegar permainan video di Jepun yang mula berbaris sejak awal minggu ini akhirnya berjaya mendapatkan permainan video baru Sony PlayStation 4, sebaik sahaja syarikat itu melancarkan jualan di negara itu tengah malam Jumaat.

Pelancaran di Jepun yang lama ditunggu-tunggu itu akhirnya menjadi kenyataan selepas kemunculannya buat pertama kali cemerlang di Amerika Syarikat dan Eropah, di mana lebih daripada 5.4 juta unit telah terjual sejak November, menunjukkan harapan cerah kepada Sony selepas penjualan barangan elektik pengguna utamanya mengalami jualan suram sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada tengah malam, 100 pelanggan pertama dibenarkan untuk membawa pulang konsol baru mereka dari bangunan Sony, tempat utama di mana ia dipamerkan di daerah Ginza yang sibuk di Tokyo.

"Terima kasih kerana datang ke pelancaran ini walaupun cuaca sejuk," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sony Computer Entertainment (SCE), Andrew House kepada pembeli pertama.

Beberapa peminat dengan penuh bersemangat telah beratur selama dua hari untuk menjadi antara yang pertama di Jepun memiliki permainan konsol baru ini.

"Saya mahu bermain permainan dari negara yang penuh dengan seni teknologi" kata Tetsuya Tamura, seorang jurutera IT berusia 44 tahun yang tiba pada Rabu dengan anaknya, Shion, 19, untuk mengambil giliran pertama dalam barisan menunggu.

Pemilik awal PS4 di Eropah dan Amerika Syarikat telah menyatakan keterujaan mengenai kapasiti pengkomputeran yang cepat dan luas serta grafik sinematiknya.

"Saya pernah cuba bermain sekali dan mendapati bahawa kelajuan pemprosesan cepat dan ia mudah untuk bermain," kata Shion, yang telah membawa 'Portable PlayStation' miliknya sementara menunggu.

Mitsuhiro Chisaka, 30, yang beratur di satu lokasi di Tokyo, berkata: "Saya tidak sabar untuk bermain PS4 kerana penjualan domestik agak lewat, saya adalah peminat tegar PlayStation dan SCE dan saya berharap Sony akan mendapatkan kembali momentumnya dengan pelancaran yang berjaya ini."

sumber:mstar

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top