Wednesday, 26 February 2014

Punca Sebenar Jalan susur Lebuhraya Bukit Jalil ditutup 28 Feb

21:46

(Gambar Hiasan)

KUALA LUMPUR - Laluan antara jalan susur bertentangan Pangsapuri Sri Teratai dan jalan susur ke Jalan BK 3/1, Lebuhraya Bukit Jalil akan ditutup sementara selama satu malam Jumaat ini dari 11 malam hingga 5 pagi.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) berkata penutupan itu adalah bagi pembinaan Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP).

Kenyataan itu menyebut laluan itu dibuka sepanjang masa tetapi dengan pelaksanaan laluan kontra untuk melencongkan kenderaan.

"Lorong paling kanan lebuh raya menghala ke Puchong dibuka kepada kenderaan menuju ke Kuala Lumpur sementara dua lorong lagi dibuka kepada kenderaan menghala ke Puchong.

"Lencongan sementara laluan itu adalah perlu bagi keselamatan pengguna dan juga untuk mengangkat kerangka besi di Pier 180 LEP membabitkan jentera berat," menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Prasarana Helpline 03-78852585. - Sinar Harian

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top