Konstabel itu dilaporkan marah dan tidak berpuas hati apabila beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada kakitangan yang akan dipindahkan ke balai polis lain.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata lelaki dalam lingkungan umur 30-an itu telah ditangkap selepas meninggalkan balai polis kira-kira sejauh 600 meter dalam kejadian pukul 12.50 pagi, 22 Februari lalu.
Seorang anggota polis yang melihat dia sedang menangis di sebelah kenderaan bersama dengan pistol menenangkannya sebelum membawanya ke balai polis, katanya.
"Ini merupakan kes serius dan dia akan didakwa kerana mencuri kenderaan polis serta pistol," katanya, sambil menambah jabatan polis akan menubuhkan sebuah unit integriti untuk memantau sikap, etika kerja dan prestasi kakitangannya, Selasa.
Hamza berkata ini merupakan antara kes baru melibatkan masalah disiplin anggota polis dan kes-kes tersebut tidak akan diambil ringan. - mStar
0 comments:
Post a Comment