Thursday 27 February 2014

Kejam Kemaluan Dihentak Kuku Dicabut Oleh Along Guantanamo

08:27


Kuala Lumpur: “Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul.

“Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang.

Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai ‘Guantanamo along’ kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya.

Ah Kim yang juga peniaga sayur mendakwa mula meminjam wang RM3,000 daripada lintah darat itu pada 2009.

“Ikutkan (perjanjian), saya diarahkan membayar RM100 setiap hari sehinggalah hutang selesai. Selepas enam bulan, perniagaan mula merosot dan disebabkan itu, bayaran mula tertunggak. Disebabkan itu, kadar bunga mula meningkat dan mencecah RM13,000. - Metro

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top