Komander UPP Kedah Abdul Latif Abdul Rahman berkata tangkapan dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi setelah pasukan itu mengekori lori yang dalam perjalanan menghantar minyak ke Kota Putra, Durian Burung.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori itu mengemukakan dokumen palsu yang bertulis tangan.
Pihaknya percaya bahan api itu diperoleh dari luar negara dan pihak sindiket beranggapan lokasi di Kota Putra sesuai untuk menjalankan aktiviti penyeludupan keluar petrol bersubsidi ke Thailand.
"Harga Petrol di Thailand agak mahal dan sindiket ini beranggapan lokasi Kota Putra ini mudah untuk mereka jalankan kegiatan ini kerana tidak ada penguatkuasaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat UPP Kuala Kedah di sini, Rabu.
Abdul Latif berkata sangkaan pihak sindiket meleset kerana anggota UPP sering melakukan pemantauan di pintu sempadan di Kota Putra dan Bukit Kayu Hitam bagi mengelak minyak bersubsidi daripada diseludup keluar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemandu lori yang ditahan itu diupah oleh seorang rakan mengambil lori muatan minyak untuk diseludup itu di Pokok Sena dekat sini dan dihantar ke Kota Putra.
Katanya pemandu yang kali kedua membawa minyak itu hanya mendapat upah sekitar RM80 untuk membawa lori tersebut sebelum diserahkan kepada sindiket yang menunggu di sekitar kawasan Kota Putra.
UPP menyerahkan kes itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Kedah untuk tindakan lanjut. - mStar
0 comments:
Post a Comment