Thursday 27 February 2014

Cedera Di Kepala Dan Muka, Nad Zainal Masuk Hospital !!

17:00


Baru-baru ini, kami mendapat berita tentang seorang pelakon comel yang kian meningkat naik terlantar dihospital akibat kecederaan serius.

Terkejut kami apabila mengetahui pelakon tersebut adalah Nad Zainal, dan khabarnya, Nad sedang terlantar di hospital akibat kecederaan dikepala dan muka.

Melalui foto-foto diterima, terbit rasa kasihan apabila melihat kecederaan diwajah comel itu kelihatan seperti tidak bermaya.



Namun, peminat-peminat Nad Zainal tak perlu risau, keadaan Nad baik-baik saja dan sebenarnya gambar tersebut diambil dari laman instagram milik Nad Zainal sendiri.

Ia merupakan salah satu babak lakonan Nad dalam sebuah cerekarama yang berjudul ‘Penantian’ dan bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi yang turut dibintangi oleh Dazrin Kamarudin dan Aida Aris.



Nampaknya, rezeki pelakon comel ini semakin murah sejak kebelakangan ini. Maklum sajalah filem terbaru yang dibintangi oleh gadis ini turut meletup-letup di panggung. - OhBulan!

Mengenai MyFM

My Fresh Media adalah satu portal media yang tidak pernah jemu menyediakan bacaan yang menarik untuk pembaca mengenai perihal hiburan, isu semasa, jenayah dan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2014 MyFM. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top