(Gambar Hiasan)
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Lah berkata, bayi itu yang kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dilapor ditemui oleh seorang wanita berusia 29 tahun ketika menyidai pakaian di hadapan rumahnya.
"Wanita itu memaklumkan (kepada HSJ) yang dia sedang menyidai baju apabila terdengar bunyi bayi menangis dari luar pagar rumah.
Dia kemudian menjenguk ke luar dan menemui bayi tersebut yang dibalut dengan tuala.
"Dia kemudian mengambil bayi itu dan membawanya ke HSJ. Pihak HSJ kemudian memaklumkan kepada polis berhubung penemuan tersebut," katanya ketika dihubungi.
Menurut Azman bayi itu yang dilapor dalam keadaan stabil dipercayai baharu dilahirkan ketika ditemui.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Azman juga meminta hospital dan klinik yang merawat wanita baharu bersalin dan dalam keadaan mencurigakan agar menghubungi pihak polis.
Sementara itu usaha Bernama menghubungi wanita yang dikatakan menemui bayi berkenaan tidak berhasil. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment